Komen Lucu Bahasa Melayu Di Instagram Kang Gary Jadi Viral

13 Februari 2017. 3.31 PM
453,582
Hiburan
Komen Lucu Bahasa Melayu Di Instagram Kang Gary Jadi Viral
Kehadiran bekas anggota Running Man, Kang Gary ke Singapura baru-baru ini disambut dengan meriah oleh peminatnya.
 
Gary atau nama sebenarnya Kang Hee Gun hadir ke negara tersebut untuk sesi pelancaran sebuah cafรฉ bertempat di Orchard mall, The Centrepoint pada Sabtu.
 
Sebaik saja acara selesai, Gary kemudiannya telah memuatnaik satu foto beserta kapsyen terima kasih.
 
Foto tersebut menunjukkan Gary sedang berdiri berdepan dengan cermin yang dipenuhi dengan nota-nota peminat yang mengalu-alukan kedatangannya di Singapura.
 
Bagaimanapun, satu nota kecil yang ditampal dibahagian sudut bawah sebelah kiri ditulis dalam bahasa Melayu telah menjadi perhatian pengikut Instagramnya sehingga menjadi viral.
 
Nota tersebut berbunyi: “Walaupon aku tak kenal kau tapi selamat datang"
 
Disebabkan ayat lucu tersebut, ruangan komen IG Gary dibanjiri dengan komen-komen berbahasa Melayu beserta imoticon ketawa.
 
Antara komen yang diterima:
 
@khairinasyauqiyahh: Kekeke ini serious lawak!! Siapa tulis tu cpt mengaku ๐Ÿ˜‚
 
@syfqhhshmddn: Viral on twittter hahah so funny, who wrote "Walaupun aku tak kenal kau tapi selamat datang?" Admit rn!! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
 
@adlina.s: "Walaupun aku tak kenal kau, selamat datang" HAHAHAHAHAH SIAPA TULISSS NII????? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

 
@qsara__ : What with 'Aku tak kenal kau tapi selamat datang'? That is so hilarious, i'm laughing so hard. oh no my tummy!
 
Sehingga kini foto tersebut menerima lebih 150,000 likes dan hampir 800 komen.
 

Teks oleh : Mya Amri

Kredit foto: Hallyu SG
 

Artikel Berkaitan


Komen