Selepas, melancarkan buku berjudul ’99 Kata-Kata Fattah Amin’ pada Sabtu lalu, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu telah dikecam teruk oleh segelintir netizen.

Merusi laman sosial Facebook dan Twitter, Fattah Amin tidak henti-henti dikutuk netizen yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan buku tersebut.

Selain kandungan, mereka turut mempertikaikan tentang harganya yang mahal tidak setimpal dengan kualiti buku tersebut.

Dakwa mereka, buku tersebut hanya dipenuhi swafoto Fattah dengan ‘ayat entah apa-apa’ dan tidak layak dibukukan pun.


*foto-foto komen di ambil dari OhBulan*

Terdahulu, Fattah memberitahu mStar Online lakonannya yang sering dikritik sebagai kayu adalah inspirasi kepadanya untuk menerbitkan buku tersebut.

"Buku ini terdapat kata-kata yang memberi semangat kepada saya dan saya kumpulkan sejak bergelar anak seni.

"Saya mahu berkongsi dengan peminat supaya mereka turut mendapat inspirasi daripada buku ini.

"Antara kata-kata yang paling saya ingat ialah berkaitan dengan lakonan kerana dulu saya pernah dikritik seperti kayu, tapi kayu lagi lama lagi bernilai," ujarnya.