Muncul dengan jaket celoreng pada sebuah program realiti, penyanyi Hazama telah dikritik sebuah pemilik akaun Facebook (FB).

Fesyen Hazama telah dipertikai admin Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia yang memuat naik status pada malam semalam (Ahad).

Menerusi satu muat naik, admin telah menulis status dan disertakan dengan tiga keping foto Hazama menyarung jaket tersebut:

Berfesyen Tidak Kena Dengan Gaya. Apa Hak Anda Untuk Pakai Fesyen Celoreng???
Masih ada lagi manusia yang tidak peka dengan keadaan sekeliling..semua ambil maklum pemakaian baju tentera, orang awam tidak boleh memakai sewenang-wenangnya.

Begitu susah seorang anggota Tentera dan juga pesara-pesara tentera mahu menjadi tentera untuk membolehkan mereka memakai baju uniform tentera.

Kerana populariti kamu memakai baju Celoreng Tentera, bagaimana pula perasaan Anggota dan Pesara Tentera yang masih berkhidmat ataupun yang dah bersara melihat anda memakai baju tersebut???

Kalau berminat sangat nak pakai baju Celoreng tentera masuk lah Askar Wataniah?? Dimanakah maruah Anggota Tentera ataupun pesara-pesara tentera, seringkali pakaian anggota dipergunakan tanpa batasan dan waktu yg sepatutnya.


Entri tersebut telah mendapat lebih 3500 perkongsian dengan 4200 komen sehingga artikel ini dikeluarkan.

Pelayar laman sosial telah memberi reaksi berbeza, ada yang menyokong kenyataan ditulis admin namun ada juga yang kurang bersetuju.

Bagaimanapun, pelayar laman sosial tidak menyalahkan Hazama, sebaliknya meminta agar perkara ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci oleh pihak sepatutnya.