Aktor Bollywood popular, Hrithik Roshan dikatakan sering menghabiskan masa bersama bekas isterinya, Sussanne Khan.

Menurut sumber dari Pinkvilla.com, Hrithik Roshan mengaku sering keluar bersama bekas isteri, tetapi menafikan akan berkahwin semula.

"Saya dan Sussanne masih berhubung dengan baik kerana kami sering berkongsi masalah bersama.

"Namun hubungan antara kami adalah sebagai kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu.

"Sejujurnya kami masih saling mencintai diantara satu sama lain namun kami tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk rujuk semula," katanya.

Hrithik berkahwin dengan Susanne pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Hrehaan Roshan dan Hridhaan Roshan.

Mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada November 2014.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi