Pelakon Erin Malek telah selamat menimang cahaya mata kedua pada Jumaat, 10 Februari jam 4.25 petang.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 23, menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Erin juga turut berkongsi nama dan gambar cahaya mata keduanya dan menulis kapsyen;

“Syukur Alhamdulillah. Introducing Faliq’s little sister, Nur Aisha Binti Mohamed Farriz. She was delivered on the 10th February 2017 at 4.25pm. Thank you for all your prayers,” katanya.

Nampaknya kehadiran cahaya mata kedua Erin itu turut disambut dengan rasa syukur serta gembira oleh peminat-peminat Erin dan rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Terdahulu, Erin dan suami, Farriz telah melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober 2014 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Faliq Mohamed Farriz, 2.

Syukur Alhamdulillah. Introducing Faliq's little sister, Nur Aisha Binti Mohamed Farriz. She was delivered on the 10th February 2017 at 4.25pm. Thank you for all your prayers ?

A photo posted by ERIN MALEK | 23 (@erinmalekofficial) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi