Selepas sekuel pertamanya menjadi filem paling laris di Indonesia dua tahun lalu, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD 2) mendapat sambutan hangat pada hari pertama tayangannya semalam.

Menurut laporan portal detikHot, lebih daripada 100 ribu penonton telah membanjiri pawagam di seluruh Indonesia untuk menonton filem SYTD 2.

Ketua Pengarah Produksi, MD Picture, Manoj Punjabi, mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh penonton.

"Ini merupakan sambutan di luar jangkaan. Kami tidak menjangkakan SYTD 2 akan menarik penonton yang sangat ramai seperti hari ini (Khamis).

"Disebabkan sambutan luar biasa terhadap SYTD 2, kami telah menambah 10 buah panggung lagi di atas permintaan penonton.

“Jika sebelum ini SYTD 2 ditayangkan di 128 buah pawagam, kini ia bertambah ke 138 buah panggung. Ini membuktikan bahawa orang ramai tidak sabar untuk menyaksikan kesudahan cerita ini,” katanya.

SYTD 2 merupakan filem arahan Hanung Bramantyo yang dibintangi oleh Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Fedi Nuril,Reza Rahadian dan pelakon dari Malaysia, Nora Danish.

Filem SYTD 2 juga bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Februari ini.

Kepada yang belum pernah menonton bahagian pertama SYTD atau terlepas ulangannya baru-baru ini, lihat jadual tayangan di bawah:



Filem SYTD ini juga boleh ditonton menerusi portal Astro Gempak. [[KLIK DI SINI UNTUK MENONTON]]

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi