Penonton filem Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) berkongsi rasa sebak selepas menonton filem paling laris di Indonesia itu di Astro Citra dan Maya HD semalam.

SYTD telah mengundang air mata kebanyakan penontonnya dan kebanyakan mereka turut memuji lakonan hebat Raline Shah, Fedi Nuril dan Laudya Cintya Bella dalam filem tersebut.

Penonton SYTD telah berkongsi perasaan mereka menerusi laman sosial Twitter, dan memberitahu, tidak hairan SYTD menjadi filem terlaris di Indonesia pada 2015 dan menerima banyak anugerah sehingga 2016.

Rata-rata mereka mengakui bahawa filem yang ditayangkan itu sangat baik dan ia benar-benar menyentuh emosi mereka.

Ada juga di antara mereka yang mahu filem ini diulang siar dan tidak sabar untuk menonton sekuel kedua SYTD.





Filem Surga Yang Tak Dirindukan mengisahkan kehidupan keluarga yang dibina oleh sepasang suami isteri, Prasetya (Fedi Nuril) dan Arini (Laudya Cintya Bella). Kehidupan rumahtangga mereka yang bahagia pada mulanya berubah dan mengalami konflik ketika Prasetya menyelamatkan seorang wanita, Meirose (Raline Shah) yang sedang hamil.

Merasakan kasihan dengan nasib Meirose dan anak yang bakal dilahirkan tanpa ayah, Prasetya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Meirose tanpa pengetahuan Arini.

Kepada yang belum sempat menonton SYTD baru- baru ini, lihat jadual tayangan di bawah:



Filem SYTD ini juga boleh ditonton menerusi portal Astro Gempak. [[KLIK DI SINI UNTUK MENONTON]]

Berita baik buat semua kerana filem SYTD 2 bakal di bawa ke pawagam seluruh Malaysia pada 16 Februari ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi