Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor berasa hairan apabila masih ada pihak yang mempertikaikan nama anaknya, Taimur Ali Khan.

"Saya hairan kenapa orang ramai masih mempertikaikan nama anak sulung saya itu.

"Kami suka dengan nama itu kerana Taimur membawa maksud besi dalam bahasa arab dan ianya tiada kena mengena dengan tokoh yang terdahulu.

"Hak saya untuk memberikan nama Taimur kepada anak kami dan orang lain tiada hak untuk mempertikaikannya.

"Apa yang penting saya harus memastikan anak saya itu berada dalam keadaan yang sihat dan dia membesar sebagai seorang yang hebat," katanya.

Taimur dilahirkan pada pada 20 Disember 2016 dan namanya menjadi pertikaian netizen kerana ia menyerupai nama seorang pemimpin kejam yang bertanggungjawab membunuh ratusan ribu penduduk berketurunan India pada tahun 1339 selepas masihi.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi