Pendatang baru dunia lakonan, Ben Amir tidak mencemburui kejayaan dan populariti diraih aktor Fattah Amin.

Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 27, pernah menyertai pencarian Hero Remaja bersama Fattah dan teman-teman lain seperti Saharul Ridzwan, Syafiq Kyle, Nazrief Nazri dan Hafidz Roshdi.

"Tiada istilah cemburu terhadap Fattah dan rakan-rakan lain. Mereka sudah terlebih dahulu melangkah dalam bidang hiburan, tentulah mereka lebih dikenali berbanding saya.

"Saya menjadikan mereka sebagai contoh untuk saya berusaha dengan lebih keras. Saya juga berbangga dengan kejayaan rakan-rakan yang terlebih dahulu mengukir nama dalam bidang lakonan," kata Ben kepada Astro Gempak ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran produk kesihatan Go-S di Subang Jaya pada Rabu.

Terlibat sebagai rakan kongsi produk kesihatan Go-S, Ben mahu mempersiapkan diri untuk kesenangan masa hadapan dengan menceburi bidang perniagaan.

"Sebagai seorang co-founder, saya terlibat semenjak permulaan lagi. Saya memastikan yang produk ini benar-benar sesuai dan mencuba keberkesanan produk.

"Saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana mahu sama-sama berkongsi kebaikan produk ini. Saya juga mahu masa depan yang baik untuk masa hadapan. Saya berharap percubaan saya dalam bidang perniagaan membuahkan hasil dan selepas ini, akan ada produk baru untuk saya perkenalkan selepas produk Go-S," katanya lagi.

Untuk info mengenai Go-S, layari laman web gos.farbelrich.com atau laman Instagram @go_s_hq.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @benamirr / pinography

Live Update Majlis Perasmian Go-s dan Ramah Mesra Bersama Media. . Founder : Datin @farrarazali Co Founder : @benamirr CEO : @dato_syubailiaziz Artist Management: @kam2u MUA : @azwaamahmud Venue : @vvip_lounge Photographer : @chemistrymoment . #goS #FarbelRichSdnBhd #FarbelRichFamily #FarbelExclusive #GoSbyfarbel #VvipLounge #MaintainSlimDanSihat #productlaunching

A photo posted by GO-S HQ (@go_s_hq) on