Penyanyi dan pelakon Danny X-Factor akui tidak malu dengan kerjaya sambilannya sebagai pemandu teksi.

Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa berkata dia menceburi kerjaya itu selepas terpengaruh dengan rakan-rakannya.

"Sebenarnya, saya baru sebulan menjadi sebahagian daripada keluarga pemandu aplikasi Uber dan Grab di ibu kota.

"Semuanya bermula selepas ramai rakan yang memilih untuk menjadi pemandu berkenaan.

"Saya tidak berasa malu untuk mengaku sebagai pemandu teksi. Apa yang penting, saya tidak kutip derma dan merayu untuk mendapat tawaran berlakon atau projek dengan orang," katanya kepada Harian Metro.

Bercerita mengenai karier seninya, Danny memberitahu dia masih berlakon namun banyak membuat kerja belakang tabir.

"Saya masih lagi berlakon, tetapi lebih banyak buat kerja belakang tabir ketika ini.

"Saya juga memiliki syarikat Double Channel Sdn Bhd dan projek terbaru ialah karnival online Timorfest," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Danny kini muncul di supertelemovie Permata Hati yang bersiaran di Astro First (saluran 480).

Sumber: Harian Metro