Miss K kalau boleh malas nak cerita tentang pelakon wanita yang bergelar ibu tunggal ini, tapi Miss K kasihan selepas mendengar cerita dari Auntie K, lebih-lebih lagi bila melibatkan anak-anak yang tidak berdosa.

Auntie K kata dia sudah tidak tahan dengan pelakon wanita ini yang bermuka-muka dengan wajah lembut dan jelitanya.

Tambah Auntie K lagi, dia kasihankan bekas ibu mertua pelakon ini yang terpaksa menjaga dua anak pelakon wanita tersebut selepas bercerai dengan anaknya.

“Bekas ibu mertua pelakon tu bukanlah nak berkira sebab dia kena jaga cucu-cucunya tu Miss K, tapi pelakon tu memang melampau tau! Dia tak ambil tahu langsung fasal anak-anak lepas bercerai.

“Dalam Instagram dia tu yang konon-konon dia post gambar dan kadanga-kadang video anak tu pun, dia rembat kat laman sosial ibu mertua dia.

Auntie K paling geram bila bekas ibu mertua mengadu dia terkilan apabila ditipu pelakon tersebut. Kisahnya, si ibu tadi kurang sihat dan minta bekas menantu cantik jelita itu mengambil anak-anaknya kerana dia tak larat.

“Kebetulan pula anaknya tidak ada di rumah kerana outstation. Jadi dia minta tolong bekas menantu ambil anak-anaknya kerana tidak mahu kesihatan budak-budak tu pula terjejas.

“Pelakon tu bagi alasan, dia shooting dan tak boleh ambil anak-anak. Dia kelentong orang tua tu hidup-hidup!

“Penipuan dia kantoi lepas foto pelakon itu bersama kekasihnya sedang dating tersebar di laman sosial. Bukan sekali dia kelentong bekas mak mertua dia, tapi dua kali tau!

“Ke mana perginya naluri keibuan pelakon itu? Sanggup biarkan ibu mertua berusia setengah abad yang tengah sakit jaga anak-anak dia!

“Miss K, sorrylah...Auntie K tak boleh sabar lagi! Melampau sangat dah pelakon tu. Auntie K kesiankan bekas mertua dia.

“Tapi ada hikmah juga anak-anak tinggal dengan bekas mertua dia tu, sebab makan, pakai dan pelajaran budak-budak tu terjaga. Mujur ayah buak-budak tu jenis yang berduit dan bertanggungjawab, eloklah pembetukan anak-anak,” cerita Autie K dengan muka yang merah padam.

Kasihan anak-anak ya, kalau si ibu tak ambil peduli. Esok-esok kalau anak dah tak kenal ibu, janganlah disalahkan mereka, kerana awak sendiri yang tak ambil tahu.

Miss K: Paling menyampah dengan talam dua muka. Tapi kuih talam Miss K suka.