Kecomelan dimiliki anak pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine menarik perhatian peminat yang menyamakan mereka seperti anak patung Barbie.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Que Haidar dilihat berkongsi sekeping gambar ketika dia bersama dua orang anaknya sedang menonton filem.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Que dia berkata; "Movie time with #tengkuratu and #tengkucleopatra in my room.. mummy doing some work in the other room and abg #qalifkhan go back to university.. #thehaidars #kisahcinta."

Rata-rata peminat dilihat kagum dengan kecomelan dua orang anak pasangan ini sehingga menggelarkan mereka 'Barbie Doll'.

Ramai yang begitu teruja dengan kecomelan anak perempuan mereka ini terutama anak bongsu mereka apabila ramai yang memuji kecantikan matanya.

Terdahulu, pasangan Que Haidar dan Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.

Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 7 dan Tengku Cleopatra Haida, 5.

Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan, 17 hasil perkahwinan sebelum ini.

Movie time with #tengkuratu and #tengkucleopatra in my room.. mummy doing some work in the other room and abg #qalifkhan go back to university.. #thehaidars #kisahcinta

A photo posted by Que Haidar (@the_haidars) on


Aku perhati jer perangai ko.. #tengkucleopatra #thehaidars

A photo posted by Que Haidar (@the_haidars) on

2017 hair style for #tengkucleopatra #thehaidars

A photo posted by Que Haidar (@the_haidars) on

Cleo's new hair style for 2017 #highfashion #fierce #tengkucleopatra #thehaidars auw.. ?

A photo posted by Que Haidar (@the_haidars) on

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi