Seorang peminat hampir pengsan apabila aktor Korea popular, Lee Min Ho membuat kejutan di majlis perkahwinannya.

Kisah bermula apabila peminat itu bertemu dengan Lee Min Ho di sebuah majlis fan meeting pada tahun 2015.

Menjadi seorang penggemar setia Lee Min Ho, peminat itu mahu pelakon kesayangannya memilih tarikh perkahwinan untuknya. Menjadi seorang selebriti yang gemar melayan peminat, Lee Min Ho memilih Mac 2016.

Sebelum hari perkahwinan berlangsung, peminat itu telah terlebih dahulu menghantar kad undangan untuk menjemput Lee Min Ho menghadiri hari bahagianya menerusi pihak pengurusan Lee Min Ho, MYM Entertainment.

Dek kerana jadual harian Lee Min Ho yang sibuk dan padat, pelakon tersebut tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan peminatnya.

Walaupun gagal menghadirkan diri, aktor drama bersiri Legend of The Blue Sea ini mengirimkan hadiah kepada peminatnya yang meraikan hari bahagia.

Lee Min Ho mengirimkan gubahan bunga serta ucapan selamat pengantin baru kepada peminatnya. Di jambangan bunga tersebut, Lee Min Ho meninggalkan pesanan atas sekeping kad yang berbunyi, "Semoga terus berbahagia dan menjalani kehidupan dengan baik."

Terkejut menerima hadiah perkahwinan dari Lee Min Ho, peminat itu hampir pengsan di majlis perkahwinannya.

Ramai peminat lain turut memuji sikap Lee Min Ho yang mesra dengan penggemarnya dan melayan peminatnya dengan begitu baik sekali.

Sumber: ASZ News
Olahan oleh: Kamaruddin Razal