Penyanyi Justin Bieber kembali aktif di akaun Instagramnya selepas memadam akaun laman sosial tersebut lima bulan lalu.

Menurut laporan dari Daily Mail, Justin telah memuat naik sebuah videonya sebagai duta T-Mobile Super Bowl.

"Pada November tahun lalu, Justin secara terbuka mengisytiharkan laman sosial Instagram sebagai 'neraka'.

"Dia seterusnya mengambil keputusan untuk memadam akaun laman sosialnya sejak bulan Ogos tahun lalu selepas bergaduh besar dengan teman wanitanya, Selena Gomez berhubung komen yang dibuat terhadap peminat yang gemar menghentam wanita yang disukainya," kata sumber.

Video berkenaan sehingga kini sudah pun mendapat 6.5 juta tontonan dan hampir 490,000 komen yang rata-rata gembira dengan kemunculan semula penyanyi itu di Instagram.

Mereka turut mengakui tidak sabar untuk mengetahui perkembangan Justin menerusi perkongsiannya di akaun itu.

Justin kini mempunyai 77.3 juta pengikut di Instagram.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi