FILEM: xXx: Return of Xander Cage

PENGARAH: D.J. Caruso

PELAKON: Vin Diesel, Tony Jaa, Donnie Yen, Deepika Padukone, Kris Wu, Ruby Rose, Toni Collette dan Samuel L. Jackson

DURASI: 110 minit

PENGEDAR: United International Pictures

TARIKH TAYANGAN: 26 Januari 2017


Selepas kejayaan dua buah filem sebelum ini pada tahun 2002 dan 2005, siri filem xXx kini kembali dengan mempertaruhkan XXX Return of Xander Cage pada tahun ini.

Siri filem xXx merupakan salah satu francais filem aksi di Hollywood yang mula diperkenalkan pada tahun 2002 dengan mengentengahkan genre aksi yang menarik sejak dahulu lagi.

Namun selepas kali terakhir filem ini dikeluarkan pada tahun 2005 menerusi xXx: State of Union. Pengarah dilihat amat yakin dengan mengeluarkan filem ketiga XXX Return of Xander Cage selepas lebih 10 tahun sequel filem ini tidak dikeluarkan.

Bagi penulis jalan penceritaan dalam XXX Return of Xander Cage dilihat amat biasa dengan filem-filem yang dihasilkan sebelum ini dan jalan ceritanya dari awal hingga akhir dapat dijangka, termasuk penceritaan plotnya.

Ia dilihat seperti menggunakan format filem aksi yang sering dilakukan oleh pengarah-pengarah aksi di Hollywood sejak dahulu lagi menerusi filem-film yang diarahkan.

Namun, apa yang menarik dan membezakan filem ini dengan lain adalah pengarah berjaya membawakan filem aksi ini secara bersahaja dan babak aksi-aksi yang ditonjolkan tidak begitu melampau.

Filem ini dilihat amat seimbang dengan mempertaruhkan kebanyakan pelakon -pelakon hebat diantaranya seperti Vin Diesel, Tony Jaa, Donnie Yen, Deepika Padukone dan ia juga menampilkan kemunculan istimewa Neymar Jr. yang pada akhirnya turut menjadi ahli pasukan xXx.

Barisan pelakon terkenal berjaya menghangatkan suasana dengan memainkan watak yang diberikan kepada mereka dengan baik sekali serta menghidupkan suasana di dalam filem kali ini.

Pengarah juga berjaya menyelitkan unsur-unsur jenaka di dalam filem ini dan secara tidak langsung ia dapat menghiburkan para penonton dengan lawak yang bersahaja yang ditonjolkan.

Secara keseluruhan, penulis merasakan filem ini tetap menghiburkan para penonton meskipun ia merupakan sebuah filem aksi Hollywood biasa (standard). Ini kerana tidak apa yang baharu dan istimewa mengenai filem kali ini berbanding dengan filem xXx yang terdahulu.


Sinopsis:

Pada tahun 2005 xXx: State of Union, menunjukkan kematian Xander Cage (Vin Diesel) dalam satu serbuan tentera gelap.

Namun dalam filem kali ini, ia menunjukkan bahawa Xander Cage sebenarnya tidak mati, sebaliknya menyorok di Amerika Latin.

Setelah kematian ketua pertubuhan xXx, Augustus Gibbons (Samuel L.Jackson), NSA mencarinya semula untuk mendapatkan semula “Pandoras Box”, yang merupakan satu alat yang membolehkan satelit angkasa dijatuhkan secara terkawal untuk mengenai sasaran yang dikehendaki, yang dicuri oleh sekumpulan penjenayah yang handal dan berani.

Alat inilah yang membunuh Gibbons semasa temuduga Neymar Jr. dengannya di awal filem ini. Dengan itu, Xander mula mengumpulkan pasukannya dan terus mencari kumpulan penjenayah itu.