Pasangan selebriti Stacy dan Akim baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama semalam.

Stacy dan Akim juga telah memuatnaik foto beserta kapsyen sweet menerusi akaun Instagram (IG) masing-masing.

“Happy anniversary sayang. Cepat juga masa berlalu setahun sudah..i love u so much balakim! Semoga perkahwinan kita selalu diberkati olehNya.. Terima kasih juga kepada anda yang selalu mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. To @kimcylovers terima kasih banyak kerana selalu support dan mendoakan kami!?#myforeverman #mudalagiokay #gambardarialbumkawin,” - Stacy

“Begitu, banyak bintang di langit, Namun, Kau tetap pujaan hati, Selamat ulang tahun pernikahan kita wahai suri hatiku @stacyanam , dan disempena ulang tahun pernikahan kita ini, semoga ANUGERAH yang bakal ditimang nanti dapat kita curahkan segala kasih, cinta dan sayang, semoga kita menjaga sebaik-baiknya ANUGERAH yang diberi oleh-Nya.

“Dan kerana engkau isteriku, ku ingin kau tahu cinta itu adalah sebuah ANUGERAH yang perlu engkau rasa dan nikmati, hanya kerana dan untuk Dia,” - Akim.

Dalam pada itu, Stacy juga turut berkongsi video terbaru di IGnya yang menunjukkan Akim sedang menyanyikan sebuah lagu untuk isterinya.

Stacy yang sedang menikmati sepotong kek kemudiannya tersipu-sipu malu mendengar suara merdu suaminya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, ramai yang melabelkan mereka berdua sebagai pasangan yang sweet.

Walaupun hanya menyambut ulang tahun secara sederhana namun kelakuan mereka berdua seperti pasangan yang baru bercinta.

Antara komen yang diberikan:

@reina_vn: So cute! Relationship goals.

@baybiey_cheng: Untungnya kmu stacy, biar sederhana org ckp..ndak perlu restoren mewsh2 dgn belon2 ny.. ini pun bisa membahagiakn.. so sweet both of u.

@armaazifa: Nampak akim sayang sesangat dgn @stacyanam ..semoga bahagia buat kamu berdua hingga akhir hayat..

@cik.norsimah: Mmg terbaik sngt @akimahmad dan @stacyanam. Korang mmg sngt BERSEDERHANA dlm bnyk pekara. Semoga berkekalan hingga ke Jannah.

Ulang tahun kahwin makan kek ja sambil dating di luar rumah. Sambil dia nyanyi lagu untuk isteri dia yang cute dan kurus ni??

A video posted by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on


Teks oleh: Mya Amri