Pelawak Jep Sepahtu menafikan bahawa dia dan pelakon Sari Yanti bakal bertunang pada bulan ini, seperti yang dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akbar tabloid hari ini.

"Bertunang? tak ada lah, mana ada.

"Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Kami memang tiada perancangan untuk bertunang," katanya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kepada Astro Gempak.

Menerusi ruangan gosip tersebut, Jep dan Sari bakal melangkah ke fasa baharu dalam perhubungan iaitu mengikat tali pertunangan dalam bulan ini juga.

Gosip tersebut dikatakan lebih kuat apabila baru-baru ini, Sari ada menulis komen "I love you" secara terbuka kepada Jep di dalam sosial Instagram.

Menurut gosip tersebut lagi, rakan-rakan Jep dalam rancangan Sepahtu Reunion Live juga cukup menyenangi Sari.

Jep bersama Shuib, Rahim dan Ilya muncul dalam Sepahtu Reunion Live minggu akhir Jumaat ini jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134).

Sepahtu Reunion Live bersiaran langsung dari Sound Stage Studio Finas.