Pelakon Ruhaines menjadi perhatian selepas berkongsi beberapa video bersama adik lelakinya, Nul Aiman.

Video terbaru Ruhaines yang dimuatnaik pada Jumaat sebelum keberangkatannya ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah membuatkan pengikut Instagram (IG)nya memuji keakraban hubungan adik-beradik tersebut.

Video itu menunjukkan Aiman memeluk kakak kesayangannya sambil mencium dahi dan mengusap pipinya.

Tindakan Aiman itu kemudiannya dibalas kembali oleh Ruhaines dengan mencium kembali pipi adiknya.

Gelagat dua beradik itu membuatkan pengikut IG melabelkan mereka sebagai pasangan adik beradik yang sangat sweet.

Dalam pada itu, menerusi entri terbaru, Ruhaines memberitahu dia selamat tiba di Mekah dengan kapsyen “Alhamdulillah”.

Teks oleh: Mya Amri

Takecare sayang @nulaimanzainul_ ❤ semoga mendapat Umrah yang Mabrur ??‍♀️ #lilbrother #kesayangan

A video posted by @ruhainies7 on