Rumah kediaman penyanyi yang popular menerusi lagu Super Bass, Nicki Minaj telah dimasuki pencuri.

Menurut laporan dari US Magazine, pihak polis mengesahkan kediaman Nicki yang terletak di Los Angeles telah dimasuki perompak sejak beberapa bulan lalu.

"Rumah Nicki yang terletak di Los Angeles telah beberapa kali dimasuki perompak sejak November 2016 dan Januari 2017 ketika penyanyi itu tiada dirumahnya.

"Siasatan awal pihak polis mendapati bahawa keadaan rumah Nicki berada dalam keadaan semak dan banyak baranganya berselerak.

"Sebahagian peralatan perabot terbalik dan beberapa barang yang dihancurkan termasuklah pakaian, bingkai foto serta botol pewangi miliknya," kata polis.

Pihak polis juga menganggarkan nilai kerugian hasil bernilai kira-kira RM700 juta.

Namun sehingga kini pihak polis masih menyiasat dan memburu penjenayah tersebut dan sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada Nicki mengenai kejadian rompakan berkenaan.

Olahan Oleh : Rozaimi Zubaidi