Penyanyi yang popular menerusi Run the World Girls, Beyonce mengumumkan sedang hamil anak kembar menerusi akaun Instagramnya.

Perkara itu mengejutkan dunia seni antarabangsa kerana Beyonce membuat pengumuman dengan memuat naik sekeping gambarnya sedang memegang perut.

"Kami ingin berkongsi mengenai kisah cinta dan kasih sayang selain berasa amat bersyukur apabila keluarga kami akan bertambah dua lagi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan anda semua," tulisnya.

Terdahulu, Beyonce pernah membuat kejutan apabila dia mengumumkan berita kehamilan anak pertamanya, Blue Ivy Carter ketika menghadiri acara Anugerah MTV Video Music pada tahun 2011.

Berita kehamilan kembar penyanyi ini turut mengejutkan para peminatnya dan telah dikongsi lebih 540 ribu kali di twitter.

Akaun sosial Beyonce turut dihujani ucapan tahniah dan mereka turut mendoakan mendoakan kandungannya sentiasa sihat.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi