Pelakon Saharul Ridzwan membawa isteri Deena Amir yang kini sedang hamil untuk
menunaikan ibadah Umrah.

Saharul dan isterinya kini dilihat berada di Madinah setelah berangkat ke Tanah Suci pada Selasa.

Saharul menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi beberapa foto dia bersama isteri yang kini sedang hamil berlatar belakangkan Masjidil Nabawi.

Menerusi beberapa entri di akaun Instagramnya, Saharul melahirkan rasa syukur apabila akhirnya dapat menjejakkan kaki di sana:

"Saling mencintailah hanya kerana Allah, Saling menyayangilah hanya kerana Allah
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah. Hanya kerana Allah segala rasa itu tumbuh dan mekar lalu mewangikan setiap dari kita.

"Alhamdulillah ya Allah, sekali lagi aku diberi izin untuk menapak jejak di bumi Mu. Kau yang Maha Agung Ya Allah, Kau yang Maha Suci. Kau Yang Maha Mengetahui,"

Terdahulu, Saharul Ridzwan selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 29, pada 16 September tahun lalu.

After subuh

A photo posted by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on

Saling mencintailah hanya kerana Allah Saling menyayangilah hanya kerana Allah Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah. Hanya kerana Allah segala rasa itu tumbuh dan mekar lalu mewangikan setiap dari kita. Alhamdulillah ya Allah, sekali lagi aku diberi izin untuk menapak jejak di bumi Mu. Kau yang Maha Agung Ya Allah, Kau yang Maha Suci. Kau Yang Maha Mengetahui.

A photo posted by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on

Dah sampai. Alhamdulillah. ❤️

A photo posted by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi