Pelawak Ajak Shiro pasrah apabila dipermainkan oleh sahabat sekumpulannya, Shahrol menerusi aplikasi WhatsApp.

Dengan membina satu ‘group’chat dengan nama Lelaki Kacak Hampir Pupus, Shahrol telah memasukkan nama Ajak sebagai salah seorang ahli kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, selepas nama Ajak dimasukkan, Shahrol kemudiannya terus keluar daripada ‘group’ tersebut dan menjadikan Ajak satu-satunya ahli yang tinggal.

Ajak yang terpinga-pinga dengan perkara itu kemudiannya memuatnaik foto ‘screencap’ dua konversasi mereka di Instagram (IG)nya kira-kira tiga jam yang lalu dengan kapsyen:

“Kebangangan apakah kau cuba guraukan ni..tan,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, menerusi IG Shahrol, dia menjelas memang sengaja memperlakukan perkara sebegitu kepada Ajak sebagai tanda gurauan.

Namun apa yang mencuit hati peminat ialah kapsyen lucu Shahrol ketika memperjelaskan tentang kewujudan ‘group Whatsapp’ tersebut.

“Sengaja aku buat group lelaki kacak ini beberapa minit, invite kau masuk kemudian aku keluar group supaya kau tahu bahawa kekacakan manusia takkan kekal lama. Sedarlah kau wahai @ajakshiro ...hahahahahahah.. #Shiro #ShiroTroopers2017 #Success #Humble #Intelligent #Respect #OrangKampung,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen dua sahabat tersebut, rata-ratanya peminat menyatakan rasa terhibur cara gurauan mereka berdua.

Antara komen yang diterima:

@_dikkim_ : Kat IG ni pon buat lawak jugak.

@pompa_bensin: Haha...game paling win aku jumpe bro @shahrol_shiro

@_nadiahnaz_: Ini namanya sahabat sejati hahaha

@wawaaaaaaa___: Dia left sbb dia lelaki kacak pupus ahahahhaha pandai sharol main peranan

Sengaja aku buat group lelaki kacak ini beberapa minit, invite kau masuk kemudian aku keluar group supaya kau tahu bahawa kekacakan manusia takkan kekal lama..sedarlah kau wahai @ajakshiro ...hahahahahahah.. #Shiro #ShiroTroopers2017 #Success #Humble #Intelligent #Respect #OrangKampung

A photo posted by @shahrol_shiro on


Teks oleh: Mya Amri