Kumpulan Eureka memberitahu menjadikan kisah salah seorang daripada kenalan mereka untuk dijadikan single kedua mereka.

Single terbaharu berjudul Kamu itu mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan untuk memberikan hasil terbaik.

"Lagu ini dilhamkan dari kisah seorang rakan yang kami kenali dan lalu di ambil kisahnya sebagai jalan cerita.

“Kami kagum dengan perasaan yang wujud di situ kemudian cuba untuk mengeskpresikan rasa tersebut di dalam sebuah lagu.

"Kami juga berasa teruja dan tidak sabar untuk berkerjasama dengan semua pihak di dalam penggambaran muzik video dan juga mengalukan sebarang kolaborasi muzik dengan pihak luar.

“Terimalah lagu ini sebagai hadiah buat semua yang tidak jemu menyokong kami selama ini," kata vokalis yang juga gitaris Eureka, Haris.



Sementara itu pemain bass, Ijoy pula berkata mereka bekerjasama untuk menghasilkan Kamu.

"Lagu ini kami susun bersama dan juga mempunyai feel yang berat. Ianya mengambil masa 8 bulan untuk disiapkan, disaratkan lagi dengan pelbagai elemen yang kami rasa mampu untuk diketengahkan bagi melahirkan identiti Eureka itu sendiri", katanya.

Kamu sebuah lagu berkonsepkan balada dan lirik dicipta dan ditulis oleh Dailami, seorang komposer baru di dalam industri muzik tanah air.

Kamu berkisarkan tentang perasaan cinta yang mendalam seorang lelaki kepada wanita yang disukainya.

Proses rakaman bagi single Kamu dijalankan di E Studios Production, di Petaling Jaya bermula daripada peringkat demo, rakaman, sehingga ke proses adunan bunyi.

Sementara itu, setiap anggota kumpulan Eureka yang terdiri daripada Haris (Vokalis/Gitar), Joy Fikri (bassist) dan Raja (pemain dram) menyumbang tenaga dan bekerja sama dengan baik di dalam menyiapkan lagu Kamu.

Bernaung di bawah syarikat rakaman Stereoactive, Eureka kini terikat dengan aktiviti promosi di media cetak dan eletronik bagi mempromosikan Kamu dan turut di dalam perancangan untuk menghasilkan muzik video.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2015 sebelum ini pernah muncul dengan single pertama mereka yang berjudul "Kejari Pelangi" di awal tahun 2016.

Layari medium sosial berikut seperti Facebook, YouTube, Instagram, Twitter, bagi mengikuti perkembangan terbaru kumpulan Eureka dengan kata nama "Eurekaofficial".