Tersedak Miss K bila perkhabaran ini sampai ke telinga! Iyalah..selebriti keluar ‘dating’ itu perkara biasa, tetapi kalau dengan anak raja...luar biasalah sikit kan?

Miss K tidak cemburu, malah tiada isu pun kedua-dua mereka keluar ‘dating’ kerana masing-masing masih bujang ‘trang-tang-tang’.

Kalau Miss K ukur dari rupa paras, nampak sama cantik sama padan. Tidak terkejut kalau hubungan mereka menjadi serius.

Menurut sumber yang menyampaikan berita, selebriti dan anak raja tersebut sudah beberapa kali keluar bersama.

Tetapi kata sumber yang Miss K panggil Gee itu, sejauh mana hubungan si selebriti dan anak raja tersebut tidaklah diketahui.

Cuma kata Gee, kalau selebriti ini ditakdirkan bertemu jodoh dengan anak raja tersebut dia akan berbangga kerana negeri kelahirannya akan dapat ‘future’ permaisuri cantik jelita.

Amboi-amboi Gee, bukan main berangan lagi kau kan...Entah-entah mereka keluar kerana urusan bisnes, tapi kau yang speku lebih!

Apa-apa pun Miss K sentiasa doakan yang baik-baik untuk selebriti wanita ini kerana dia pun pernah bagitahu dah ‘ready’ nak melangkah ke alam perkahwinan. Aggitew!

Miss K: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.