Juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Sufi akui dia kini sedar penampilan dan kesihatan tubuh badan amat penting sebagai seorang selebriti.

Justeru, Sufi berkata dia kini sedang mula aktif bersenam dan dalam masa yang sama mahu membina badannya supaya nampak lebih kemas.

"Berat badan saya kini sudah berlebihan dan sekarang saya dalam usaha untuk menurukannya daripada 67 kepada 60 kilogram(kg).

"Saya sedar selepas tamat AF2015 saya tidak menjaga pemakanan dan makan berlebihan tanpa memikirkan kesihatan diri.

"Kini saya rasa saya perlukan turunkan berat badan kerana penampilan penting sebagai seorang artis.

"Bukan sahaja penampilan, malah kesihatan dan stamina juga perlu dijaga supaya persembahan nyanyian saya tidak terganggu.

"Jadi sekarang saya sudah mula ke gim untuk bersenam dan mahu membina badan suapaya jadi sedikit sado," katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, mengulas mengenai azam 2017 Sufi memberitahu tahun ini dia malu lebih dekat dengan peminat-peminatnya.

"Saya sedar peminat adalah tulang belakang yang menyokong kerjaya saya selama ini, tanpa mereka siapalah saya.

"Jadi tahun ini, saya mahu banyakkan lagi aktiviti bersama peminat supaya silaturahim itu berpanjangan dan mereka sentiasa ada dibelakang saya untuk menyokong apa yang saya lakukan," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain Sufi baru sahaja muncul single terbaru Aku Sanggup yang kini sudah berkumandang di corong radio.

Teks oleh Syafiqah Jalal