Pelakon Song Seung Heon akui memerlukan masa selama tiga jam sebelum mula melakokankan watak Lee Gyeom dalam drama bersiri Saimdang.

Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Autumn in My Heart itu, ia merupakan pengalaman yang menarik kerana bukan mudah untuk membawa watak tersebut.

"Saya harus mengambil masa sekurang-kurangnya selama tiga jam untuk mengenakan solekan yang tebal.

"Dalam masa sama saya juga perlu memakai janggut dan misai palsu untuk membawa karakter Lee Gyeom.

"Misai dan janggut tersebut menyusahkan kerana saya susah untuk makan dan minum.

"Namun begitu ia merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya sepanjang bergelar seorang pelakon," katanya.

Seung Heon berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama bersiri terbaharu, Saimdang, di Hotel Carlton, Singapura.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Saimdang secara eklusif untuk dua episod pertama pada masa yang sama seperti Korea bermula 26 Januari (malam ini) pada pukul 9 malam.

Siamdang akan bersiaran di saluran Oh!K (saluran 394) pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam.

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi