Jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa sedih menerusi Instagramnya kerana terpaksa melepaskan banglo mewah yang telah didiaminya hampir lima tahun.

Menerusi entri yang dimuat naik pada tiga hari lalu, Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris memberitahu dia terpaksa meninggalkan rumah kesayangannya itu sementara kediamannya baharunya siap.

Tambah Aliff lagi dia akan menetap di rumah persinggahannya di kampung buat sementara waktu ini.

Aliff turut mengumumkan pembelian banglo mewah 10 bilik itu oleh pengusaha kosmetik terkenal, Nur Sajat, tanpa menyatakan harganya.

Sementara itu, pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, telah mengesahkan mengenai perkara tersebut pada Rabu dalam satu temubual khas di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

Menerusi laman Instagram miliknya @nursajat02, dia turut berkongsi suka duka kehidupannya yang rumit berbanding orang lain.

Dihentam dengan tohmahan sehingga hari ini, Nur Sajat bangkit menerima qada & qadar Tuhan selepas terlantar dalam kemalangan.

Berbekalkan modal cuma RM500 di ibu kota Kuala Lumpur, gadis ini mula membina empayar jenamanya sendiri tanpa menoleh ke belakang.
Jenama kosmetik Let’s Cantik by Nur Sajat merupakan langkah pertama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015.

Penat lelah selama 2 tahun akhirnya menjadikan gadis ini antara jutawan muda di Malaysia hari ini.

Nyata strategi pemasaran viral berbekalkan modal wang saku RM500 membuahkan hasil. Nur Sajat kini turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.
Berbekalkan pengalaman perniagaan sukses, Nur Sajat hari ini mengumumkan penganjuran Seminar Bicara Usahawan Bersama Nursajat di seluruh negara bermula Mac 2017.

Seminar dengan yuran terendah hanya RM50 ini bertujuan membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan.

Terhad kepada 50 peserta terawal, mereka yang berminat hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.

Ikuti laman Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri.