Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dikecam hebat oleh sesetengah netizen kerana didakwa mengaibkan seorang peniaga kopiah baru-baru ini.

Menerusi program Oh Abang Kosmetik (OAK) yang bersiaran pada Isnin, antara jalan cerita yang terkandung dalam siaran episod tersebut ialah eksperimen sosial yang dijalankan oleh Aliff dan tenaga produksi.

Dalam eksperimen tersebut, OAK memaparkan seorang peniaga kopiah yang didakwa berkelakuan sedikit biadap dengan Aliff.

Namun begitu, peniaga kopiah itu tampil ke hadapan dan menafikan perkara tersebut. Peniaga kopiah tersebut tampil memberikan kenyataan yang dibuat menerusi akaun Facebook miliknya yang bernama Jebat Derhaka.

Menurutnya, dia seolah dianiaya pengasas produk D'Herbs itu apabila realiti sebenar kejadian itu tidak diceritakan oleh Aliff. Tambahnya lagi, kejadian tersebut boleh menjatuhkan maruah serta perniagaannya.






Mengakui timbulnya kekhilafan, Aliff memohon maaf kepada peniaga kopiah tersebut secara terbuka di laman Instagram miliknya dalam sebuah entri terbaru.

Aliff memuat naik videonya memohon kemaafan sambil menitiskan air mata. Berikut merupakan kapsyen yang ditulis oleh Aliff menerusi entri tersebut.

"Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi.

"Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut.

"Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina. Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya.

"Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

"Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri.

"Saya amat hargai sokongan moral anda semua. Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik. Sorry saya lambat respon saya tak perasan jadi viral sebab tengah shooting filem badang seharian," tulis Aliff.

Saksikan aksi dan keletah kehidupan seharian Aliff dalam rancangan Oh Abang Kosmetik yang bersiaran setiap Isnin, jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi. Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut. . . Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina. Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya. Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. . . Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri. Saya amat hargai sokongan moral anda semua. Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik sory saya lambat respon saya tak perasan jadi viral sebab tengah shooting filem @badangthemovie seharian . . Cc @raqimball @imanmustafa23 @fairilkhalil

A video posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on