Penyanyi popular Madonna telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelantikan presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menerusi laporan CNN, Madonna meluahkan perasaannya itu menerusi sebuah ucapan dengan mengatakan dia terfikir hendak meletupkan Rumah Putih (White House) tetapi menyedari ia tidak akan membawa sebarang perubahan.

"Madonna berkata demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya presiden November lalu yang menyaksikan Donald Trump menang.

"Ikon muzik itu memberitahu dalam ucapannya kepada orang ramai bahawa dia pernah terfikir untuk meletupkan Rumah Putih (White House).

"Namun katanya lagi perbuatannya itu tidak akan membawa sebarang perubahan dengan keputusan yang telah dilakukan oleh penggundi," kata sumber.

Namun, akibat daripada ucapannya itu, Madonna akan disiasat oleh Perkhidmatan Perisikan Amerika Syarikat kerana ucapannya berbaur ugutan.

Kertas siasatan terhadap Madonna telah dibuka selepas penyanyi itu berkata, dia pernah terfikir untuk meletupkan Rumah Putih ketika dia berucap di perhimpunan sempena Perarakan Wanita.

Bagaimanapun, keputusan untuk mendakwa Madonna atau tidak terletak pada tangan Pejabat Peguam Negara.

Sumber: CNN