Pelakon popular Bollywood yang kini kian mencipta nama di persada antarabangsa, Priyanka Chopra, dikatakan telah pengsan ketika sedang menjalani penggambaran.

Menurut laporan jurucakap saluran televisyen ABC, Priyanka berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital ketika sedang menjalani penggambaran drama bersiri Quantico.

"Pelakon jelita tersebut telah hilang tumpuan sewaktu sedang melakukan sebuah babak aksi sebelum didapati pengsan.

"Dia dikatakan tidak mempunyai rehat dan tidur yang cukup sehinggakan badannya menjadi lemah sehingga menyebabkan dia pengsan.

"Priyanka hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rehat yang secukupnya sebelum kembali menjalani sesi penggambaran.

"Doktor juga menyarankan supaya dia mempunyai rehat dan tidur yang cukup untuk mengembalikan staminanya semula," kata sumber

Dalam pada itu, pelakon filem Quantico itu turut tampil memohon maaf kepada pihak produksi kerana masalah kesihatannya telah mengganggu penggambaran.