Selepas Majlis Perkahwinan Selesai, Kim Tae Hee Tulis Surat Kepada ‘Fans’

20 Januari 2017. 9.15 AM
7,432
Hiburan
Selepas Majlis Perkahwinan Selesai, Kim Tae Hee Tulis Surat Kepada ‘Fans’

Selepas majlis perkahwinannya bersama Rain selesai, Kim Tae Hee telah menulis sepucuk surat kepada para peminatnya.

Surat yang ditulis sendiri oleh Kim Tae Hee menggunakan tulisan tangannya itu telah dimuatnaik di laman sosial Twitter.

"Hello. Ini Kim Tae Hee . Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan tahniah dan menyokong kami, walaupun mengumumkan berita ini pada saat akhir. Hari pertama selepas perjalanan panjang kami ialah hari ini dan kami ingin kami ingin berkongsi saat ini dengan peminat yang telah menyokong, menyayangi dan sentiasa mengambil berat tentang kami.
Kami akan sentiasa menjaga antara satu sama lain, menghormati satu sama lain, dan melakukan yang terbaik untuk memperbaiki segala kekurangan. Demi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi ditunjukkan oleh anda semua, saya akan lakukan yang terbaik untuk membayar semula semua sokongan yang telah anda berikan kepada saya dan berjanji untuk menjadi seorang isteri yang baik dalam keluarga.
Lelaki itu ialah teman hidup saya yang akan sentiasa menyokong dan memberi kekuatan kepada saya. Saya berharap tidak ada yang jatuh sakit dalam cuaca sejuk ini, dan saya doakan anda semua sihat dan bahagia di tahun baru ini. Sekali lagi, saya berterima kasih kepada anda semua.
"

Bersama surat tersebut, beberapa keping foto perkahwinan mereka juga turut didedahkan untuk tatapan peminat.

Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan teruja dengan perkahwinan pasangan sama cantik, sama padan ini.

Rain dan Kim Tae Hee, berkahwin dalam acara tertutup di sebuah gereja di Gahoe-dong, Seoul semalam (Khamis).

Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan itu berlangsung selama 90 minit dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta kenalan rapat.

Antara teman rapat yang menghadiri majlis tersebut ialah Park Jin Young, Park Joon Hyung, PSY dan kumpulan G.O.D.

Difahamkan, tetamu cuma hanya dimaklumkan mengenai lokasi pernikahan kedua-duanya pada hari majlis berlangsung.

Di bawah, Astro Gempak kongsikan beberapa keping foto perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini:



Sumber: AllKpop


Artikel Berkaitan