Pelakon Azwan Kombos dan isterinya Ezzaty Abdullah kini berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.

Azwan Kombos yang berada di sana sejak beberapa hari lalu menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi beberapa foto bersama Ezzaty.

Azwan melahirkan rasa syukur apabila akhirnya dapat menjejakkan kaki di sana bersama dengan isterinya.

Menerusi entri di Instagramnya Azwan berasa amat sedih apabila terkenang segala kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan dahulu dan mengakui Mekah merupakan sebuah tempat yang tenang.

"Kat sini semua orang berpusu-pusu mengerjakan ibadat, tak kira la, tua, muda, sihat atau berkerusi roda, semua sama je, sebab diorang tahu benda yg diorg tak nampak tu memang ada. Kalau la kita tahu betapa maha dasyatnya neraka tu, mesti dh taknak buat dosa dah. Jangan ikut mcm saya ni, dosa bersepah".

Pasangan ini dilihat sangat gembira dan bahagia menerusi foto yang dikongsikan.

Kat sini semua orang berpusu-pusu mengerjakan ibadat, tak kira la, tua, muda, sihat atau berkerusi roda, semua sama je, sebab diorang tahu benda yg diorg tak nampak tu memang ada. Kalau la kita tahu betapa maha dasyatnya neraka tu, mesti dh xnak buat dosa dah. Jgn ikut mcm sy ni, dosa bersepah.

A photo posted by Azwan Kombos (@azwankombos) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi