Video persembahan aktor Fattah Amin menyanyikan lagu 'Wanita Terakhir' di hadapan aktres Neelofa menjadi trending.

Nyanyian yang dipersembahkan Fattah di program Meletop pada Selasa lalu menduduki carta kedua video paling trending di laman YouTube Malaysia.

Walaupun baru dimuatnaik dua hari lalu di laman YouTube, video tersebut kini meraih tontonan hampir 220,000 kali.

Single ‘Wanita Terakhir’ adalah hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan yang dilancarkan pada 1 Januari lalu turut mencipta sejarah tersendiri dengan menduduki kedudukan teratas carta iTunes Malaysia.

Menerusi video tersebut, Fattah menyampaikan beberapa bait puisi romantis sebelum menyanyikan lagu Wanita Terakhir.

Neelofa kelihatan tersipu-sipu malu tersenyum ketika Fattah menyampaikan lagu tersebut dihadapan dirinya.

Berikut merupakan video persembahan Fattah menyanyikan lagu 'Wanita Terakhir' di hadapan Neelofa: