Pelakon Dian P.Ramlee mengakui tidak kisah jika masih diberi tawaran untuk membawakan watak jahat di dalam drama ataupun filem lakonannya.

Menurut Dian, sebagai pelakon dia harus membawakan watak yang diberikan dengan pelbagai cara yang berbeza meskipun mendapat kritikan daripada orang ramai.

"Saya sebenarnya tidak kisah jika masih diberikan watak jahat untuk projek seterusnya kerana sebagai sorang pelakon saya harus lakukannya.

"Namun saya akan membawa watak jahat tersebut dengan pelbagai cara yang berbeza pula dan ianya tidak sama seperti dalam drama bersiri Lara Aishah.

"Watak jahat yang dilakokan oleh saya seperti Cik Puan Marina telah membuka mata banyak pihak jadi saya tidak kisah jika selepas ini masih mendapat tawaran untuk melakonkan watak seperti itu," katanya kepada Astro Gempak.

Dian berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai adalah dia masih mahu membawa watak jahat jika menerima tawaran berlakon seterusnya, baru-baru ini.

Tambah Dian, dia tidak kisah jika diberikan apa jua jenis watak untuk dilakonkan kerana menggangap itu merupakan sebagai sumber punca rezeki kepadanya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi