Gara-gara drama bersiri Sayang Papa Saya Tak, peminat memuji lakonan aktres Emma Maembong dalam drama bersiri tersebut.

Menerusi pemerhatian Astro Gempak di laman Twitter, ramai peminat yang mengikuti drama bersiri tersebut menggemari lakonan Emma.

Mereka gemar melihat Emma membawa karakter yang lucu dan kelakar. Selain itu, peminat juga suka melihat gandingan Emma bersama aktor Hisyam Hamid.






Drama ini mengisahkan watak Farish (Hisyam Hamid) mengahwini Raisya (Emma Maembong) atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih (Izara Aishah).

Selain Emma, Hisyam dan Izara, drama bersiri terbitan Suhan Movies ini turut menampilkan pelakon ternama lain seperti Luqman Hafidz, Seri Aileen, Wan Sharmila, Aida Khalida, Eleena Sui, Sweet Qismina dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sayang Papa Saya Tak yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal