Pelakon Nazim Othman mengakui risau setiap kali berlakon bersama pelakon lebih senior dan berpengalaman.

Menurut Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 33, berkata, sebagai pelakon baru dia pada mulanya mempunyai perasaan risau untuk berlakon dengan pelakon senior di dalam drama bersiri Lara Aishah.

"Pada awalnya saya berasa kekok dan risau untuk berlakon dengan pelakon senior kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dan merupakan para karyawan yang hebat.

"Namun perasaan itu berubah apabila saya mula mengenali mereka dengan lebih dekat sehingga perasaan itu hilang dan membuatkan saya berasa selesa untuk berlakon bersama.

"Sebenarnya kami ini sudah diibaratkan sebagai satu keluarga dalam Lara Aishah kerana kami banyak menghabiskan masa di set pengambaran bersama.

"Jadi hubugan yang terjalin diantara kami telah mewujukan keselesaan dan ia secara tidak langsung mewujudkan keserasian di antara pelakon," katanya kepada Astro Gempak.

Nazim berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan terakhir drama bersiri Lara Aisyah, baru-baru ini.

Tambah Nazim, dia banyak berkongsi pengalaman bersama beberapa orang pelakon berpengalaman seperti Fasha Sandha, Dian P.Ramlee, Datuk Eizlan Yusof dan Datuk Seri Shah Rezza dalam memperbaiki mutu lakonan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi