Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad merupakan hos utama untuk Era Digital Muzik Awards (ERADMA) iaitu anugerah pertama menggunakan sepenuhnya medium digital dan media sosial.

ERADMA bakal bersiaran secara langsung melalui Facebook (FB) Era Fm pada 18 Januari ini.

Nabil bakal mengacara anugerah tersebut selama satu jam yang berlangsung dari pukul 9 malam.

Hanya lima kategori yang dipertandingkan iaitu Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Nyanyi Semula Di Sosial Media Terbaik, Lagu Paling Emo 2016, Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 dan Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 2016.

Sementara itu terdapat satu anugerah khas dari penaja iaitu Penyanyi Baru Harapan Pilihan Digi.

Selain penyampaian anugerah, penonton FB Live Era Fm turut bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi tanah ari seperti Syamel, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Altimet, Amira Othman, Khai Bahar dan Color of Voices.

ERADMA memberi peluang kepada Netizen untuk memilih pemenang dan pengundian seratus peratus dilakukan secara digital melalui website edma.era.fm.

Manakala pemilihan artis semua dilakukan berdasarkan penyanyi yang paling lama berada di dalam Carta Era 2016.

Berikut merupakan senarai kategori dan calon terpilih:

1. Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016

· Faizal Tahir
· Juzzthin
· Tasha Manshahar
· Waris
· Yuna


2. Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016

· Aiman Tino – Ku Rela Dibenci
Link : https://www.youtube.com/watch?v=zqByJjSJkso

· Haqiem Rusli – Segalanya
Link : https://youtu.be/zqByJjSJkso

· Khalifah - Hang Pi Mana
Link : https://youtu.be/IVwq7h9K3V0

· Projector Band - Sudah Ku Tahu
Link : https://youtu.be/EIBWi-Mc_H8

· Sufian Suhaimi – Terakhir
Link : https://youtu.be/bD02kqVKbmM


3. Lagu Paling Emo 2016

· Aiman Tino – Ku Rela Dibenci
Link : https://youtu.be/zqByJjSJkso

· Hyperact – Takkan Pergi
Link : https://youtu.be/2Z8hZiMu5BI

· Ezad Lazim – Demi Cinta
Link : https://youtu.be/L8IMlCoaL4U

· Projector Band - Sudah Ku Tahu
Link : https://youtu.be/EIBWi-Mc_H8

· Sufian Suhaimi – Terakhir
Link : https://youtu.be/bD02kqVKbmM


4. Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 40 2016

· Ayda Jebat
Link : https://youtu.be/Go8A17VsWQ4

· Azhael
Link : https://youtu.be/cRx5bHYUInM

· Black
Link : https://youtu.be/nbujOOmsQXc

· Hazama
Link : https://youtu.be/VTZLPC_DZ0Q

· Kaka
Link : https://youtu.be/6mCec8OBF8Y


5. Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 2016 (Diumumkan pada malam ERADMA)


6. Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi 2016

Color of Voices
Cherpen Band
Ara AF 2016
Atmosfere

Teks oleh: Syafiqah Jalal