Miss K tak tahu nak terkejut atau buat-buat terkejut apabila menerima kiriman emel pelakon Syazwan Zulkifly bersama kekasihnya daripada seorang wanita menggunakan nama Effa.

Kata Effa, dia terkejut apabila membaca pengakuan Syazwan di sebuah portal hiburan yang mengatakan dia tidak mempunyai kekasih.

Menerusi emelnya kepada Miss K, Effa menulis; “Tak patut betul Syazwan Zulkifly tu tak mengaku dia ada girlfriend. Kesian perempuan tu...Mereka dah lama berkawan, rasanya sebelum Syazwan bercinta dengan pengacara program H Live tu lagi. Selama ini pun perempuan tu sanggup tunggu Syazwan, tup-tup boyfriend sendiri tak mengaku kewujudan dia.”

Menurut Effa, dia sangat mengenali kekasih Syazwan itu yang selama ini berkongsi susah dan senang bersama pelakon berbakat besar tersebut.

“I kirim gambar mesra mereka kepada Miss K sebagai bukti yang mereka ini sedang hangat bercinta. Pantang betul I lelaki yang suka bajet-bajet single ni! Tak hormat perasaan kaum sejenis i! I memang panas hati, dia takut dia hilang peminat ke kalau declare dia ada girlfriend? Takut saham jatuh ke? Piiirah!!



Amboi, marah betul Effa kepada Syazwan eh? Chill la Effa...Mungkin Syazwan dan kekasihnya dah deal tentang hubungan mereka itu. Rileks ok, nanti Miss K akan risik dengan Syazwan tentang perkara ini.

Lagipun takkanlah Syazwan nak sorok benda baikkan? Miss K yakin Syazwan ada jawapan kerana selama ini pun dia bukanlah jenis yang susah nak bagi kerjasama.

Apa-apa pun, Miss K doakan yang baik-baik sahaja kepada Syazwan jika benar dakwaan yang dilemparkan Effa ini. Teman wanita (kalau betul), Syazwan pun nampak manis. Sama cantik, sama padan dah Miss K tengok.

Miss K: Harap Jep Sepahtu dan Sariyanti naik pelamin macam Izham Tarmizi dan Mia Ahmad.