Pelakon Kim Yoo Jung telah dimasukkan ke dalam hospital selepas dikatakan terlalu tertekan selepas menerima kecaman.

Menurut laporan daripada Koreaboo, Kim Yoo Jung dikatakan telah mendapat rawatan kerana mengalami tekanan selepas dikecam peminat di laman sosial.

"Kim Yoo Jung telah mengalami tekanan yang teruk selepas kehadirannya pada majlis tayangan perdana sebuah filem dan dianggap melakukan perkara yang tidak sopan ketika berada di khalayak.

"Dia terpaksa mendapat rawatan dengan segera kerana sikapnya telah berubah disebabkan tekanan perasaan melampau.

"Kim Yoo Jung juga dinasihatkan untuk berehat serta berhenti dan membatalkan segala kegiatan seninya buat sementara waktu," kata sumber.

Terdahulu, pelakon itu dikatakan bermain dengan kukunya ketika majlis tayangan filem Because I Love You menyebabkan penonton kurang senang dan mengkritiknya.

Bagaimanapun, dia telah tampil untuk memohon maaf dan menyesal dengan perbuatan yang dilakukan itu.