Pelakon Dian P.Ramlee meminta orang ramai supaya tidak membencinya kerana watak Cik Puan Marina yang dilakonkan dalam drama bersiri Lara Aishah.

Menurut Dian, karakter dibawanya itu jauh sekali dengan dirinya yang sebenar dan hanyalah sekadar watak yang harus dilakonkan dalam drama tersebut.

"Pada awalnya saya amat takut dengan penerimaan orang ramai mengenai watak yang dibawa kerana ia amatlah mencabar.

"Saya sudah lakonkan watak yang diberikan itu dengan sebaik mungkin kerana bukan mudah untuk membawa watak jahat seperti Cik Puan Marina.

"Namun apa yang saya boleh katakan ialah watak Cik Puan Marina telah memberi kesan kepada orang ramai sehingga ada yang membenci saya kerana watak tersebut.

"Tetapi perkara itu membuatkan saya berasa puas kerana watak Mak Tok telah memberikan impak kepada penonton meskipun ramai yang membenci saya.

Dian berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai watak Cik Puan Marina yang dilakonkan olehnya dalam drama bersiri Lara Aishah, baru-baru ini.

Tambah Dian, dia juga banyak menerima bantuan daripada pengarah dalam melakonkan watak itu supaya menjadi lebih jahat.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi