Suspek Merompak Kim Kardashian Pernah Ada Kes Rompakan Bersenjata

14 Januari 2017. 11.30 AM
8,409
Hiburan
Suspek Merompak Kim Kardashian Pernah Ada Kes Rompakan Bersenjata
Seorang daripada 10 suspek rompakan bintang realiti televisyen Kim Kardashian West, Aomar A, 60, pernah dihukum penjara selama tujuh tahun pada 1985, atas kesalahan rompakan bersenjata.

Menurut sumber yang rapat dengan siasatan itu, Unit Menangani Rompakan yang bertanggungjawab ke atas rompakan bersenjata mula mengawasi aktiviti Aomar selepas kesan DNA miliknya dijumpai pada bahan yang digunakan untuk mengikat Kardashian.

Setakat ini, seramai 10 suspek sudah didakwa di mahkamah, termasuk lima tertuduh yang memainkan peranan utama dalam insiden membabitkan selebriti berusia 36 tahun itu.

Lima suspek yang dibawa ke mahkamah termasuk Aomar A ialah, Pierre B, 72, Francois D, 54, Harminy A. 29, dan seorang wanita berusia 70 tahun dikenali sebagai Christiane G.

Suspek keenam yang dikenal pasti ialah seorang pengedar dadah yang menggunakan nama samaran ‘Blue Eyes’, Didier Dubreucq, 61.

Oktober lalu, Kardashian berhadapan detik ngeri apabila barang kemasnya bernilai jutaan ringgit dirompak sekumpulan lelaki.

Dalam kejadian itu, Kardashian diacu pistol sebelum diikat dan dikurung dalam bilik air kediaman mewah yang didiaminya ketika menghadiri Minggu Fesyen Paris.
 

Artikel Berkaitan


Komen