Hrithik Roshan Sambut Hari Lahir Bersama Bekas Isteri

11 Januari 2017. 9.00 PM
144,673
Hiburan
Hrithik Roshan Sambut Hari Lahir Bersama Bekas Isteri
Walaupun sudah bercerai, aktor Bollywood popular, Hrithik Roshan menyambut hari kelahiran yang ke-43 bersama dengan bekas isterinya, Sussanne Khan.

Mengekalkan hubungan baik, Hrithik menyambut hari bahagianya yang jatuh pada 10 Januari lalu dengan bekas isteri dan anak-anak di sebuah restoran terkemuka di India.

Menurut laporan portal Bollywoodlife, ibu bapa Hrithik juga turut hadir bersama bekas isteri dan anak-anak Hrithik untuk sama-sama meraikan ulang tahun kelahiran aktor filem Kabhi Kushi Kabhi Gham itu.

Hrithik masih lagi behubung dengan baik dengan bekas isterinya walaupun sudah berpisah dan tidak bergelar suami isteri. Sebelum ini, Hrithik juga menyambut kedatangan tahun baru bersama bekas isterinya di Dubai.

Hrithik berkahwin dengan Susanne pada Oktober 2000. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Hrehaan Roshan dan Hridhaan Roshan. Mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada November 2014.

Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Foto & Sumber: Bollywoodlife 
 

Artikel Berkaitan


Komen