Kunjungan pelakon popular Korea ke Singapura, Song Seung Heon telah disambut lebih 1,500 peminatnya di negara itu.

Song Seung Heon ke Kota Singa untuk memperkenalkan drama bersiri terbaharu lakonannya, Saimdang.

Namun sambutan luar jangkaan peminat di Singapura ternyata memberi kejutan kepada Seung Heon.

Sesi bertemu peminat di Hotel Carlton dan pusat beli belah The Cathay juga gamat dengan pelbagai aktiviti dan permainan bersama Seung Heon.

Para peminat yang hadir amat kagum dengan Seung Heon yang peramah dan sentiasa tersenyum melayann gelagat mereka.

Seung Heon juga turut berkongsi pengalamannya berlakon di dalam drama bersiri Saimdang.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Saimdang secara eklusif untuk dua episod pertama pada masa yang sama seperti Korea bermula 26 Januari ini pada pukul 9 malam.

Siamdang akan bersiaran di saluran Oh!K (saluran 394) pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam.

Berikut merupakan gambar-gambar ketika Seung Heon berada di Singapura:

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi