Dina Nadzir Tak Bimbang Kahwin Lewat

11 Januari 2017. 5.04 PM
5,038
Hiburan
Dina Nadzir Tak Bimbang Kahwin Lewat
Penyampai radio Era FM, Dina Nadzir akui tidak pernah bimbang walaupun masih belum menamatkan zaman bujangnya.

Malah, Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir, 32, berkata dia belum terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat.

"Terus-terang sehingga kini saya masih belum terfikir lagi untuk berkahwin kerana saya mahu fokus dengan kerjaya saya di radio dan mengeluarkan beberapa lagu baru pada tahun ini.

"Namun bukanlah saya tidak pernah cuba bercinta. Ikutkan saya pernah serius bercinta sekali dan selepas berpisah saya terus solo sampai sekarang. 

"Soal tekanan memang tidak ada, mungkin sebab saya dikelilingi dengan rakan-rakan yang berkahwin lewat dan masih meneruskan hidup gembira seperti biasa," katanya kepada Astro Gempak.

Bercerita mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Dina memberitahu dia hanya mencari seorang lelaki yang memahami diri dan kerjayanya sahaja

"Selama lapan tahun saya solo saya pernah beberapa kali mencuba berkenalan dengan beberapa lelaki tetapi kebanyakannya semua gemar mengongkong serta mengawal gerak-geri saya.

"Sehingga sekarang saya masih jumpa lagi lelaki yang memahami kerjaya saya," katanya lagi.

Dina merupakan penyampai radio Era dalam segemen Petang Era bersama pelawak Fad Bocey yang bermula dari jam 4 hingga 8 malam.

Perkembangan lain, Dina bakal melancarkan dua single baru pada Fabruari depan.

Artikel Berkaitan


Komen