Pelakon Emma Maembong dimasukkan ke hospital sebentar tadi akibat jangkitan virus.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh pengurus peribadi Emma, Abby melalui akaun Instagram (IG) aktres tersebut.

"Salam semua. Saya @abbysyavyla Personal Assistant Emma. Saya memohon maaf bagi pihak Emma kerana sekarang dia admitted terkena jangkitan virus dan keadaan dia tidak mengizinkan untuk memberi komitmen bagi kerja -kerja hari ini sehingga dia sihat dalam 2-3 hari.

"InshaAllah. Sekali kagi memohon maaf atas segala kesulitan. Doakan Emma semoga cepat sembuh seperti biasa. Terima kasih. #emmamaembong #emavengers @emavengers,"
tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen IG Emma dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan supaya pelakon kesayangan mereka cepat sembuh dan mendapat rehat secukupnya.

Dalam perkambangan terbaru, Emma bakal muncul dalam drama terbaru, Sayang Papa Saya Tak pada Isnin depan, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Teks oleh: Mya Amri