Anak pertama pelakon Aeril Zafrel, Ahmad Fakhruddin Attar menghisap botol susu di hari pertama persekolahannya.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh Aeril selepas dia berkongsi satu foto di Instagram (IG) nya kira-kira enam jam yang lalu.

Menerusi entri tersebut Aeril memuatnaik foto anaknya yang lengkap berpakaian seragam pra sekolah sambil memegang botol susu dan dikelilingi oleh rakan-rakannya.

Dalam pada itu, Aeril juga menceritakan pengalaman pertamanya sewaktu menghantar Attar ke sekolah dan berasa gembira melihat anak sulungnya itu membesar.

“1st day school.attar paling muda.sbb tu masih bawak botol susu lagi. Bestnyaaa pengalaman hantar anak pergi sekolah.

“Tapi dlm masa yg sama sedih plak rasa. Cepatnya masa berlalu...makin lama,makin berkurang waktu bersama,” tulisnya.

Sementara itu, isterinya aktres Wawa Zainal turut berkongsi foto Attar di IGnya dengan kapsyen:

“Alhamdulilah 1st day school attar tak nangis n suka jumpa kwn2. Biasa nya pukul 11am baru bangun..starting from today 7.30am da kene bangun ye nak,” tulisnya.

alhamdulilah 1st day school attar tak nangis n suka jumpa kwn2 ..biasa nya pukul 11am baru bangun..starting from today 7.30am da kene bangun ye nak?? ???

A photo posted by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on


Kedua-dua entri pasangan tersebut menerima komen-komen lucu daripada pengikut mereka dan rata-ratanya geram melihat kelakuan serta kecomelan Attar.

@ladykrafts: G school mana boleh bawak botol susu attar. simpan dalam poket.

@roseleenazman: Attar dah big boy dah pegi sekolah ... Tapi aunty geram tengok Attar hisap botol susu kat school ... Comelnya jer ... Next year pegi school jangan hisap botol ya Attar ... Heheheee

@onojusazinahitis: Attar nanti kena marah dengan cikgu displin rambut panjang tu. @aeril_zafrel

@zyreenreen: Aloloooo abang Attar. Kenapa tak pisah lagi dengan botol susu nie. Tak macho lah. Macam mana nak ngorat awek nie hihii. Sory @aeril_zafrel gurau je kihkih

@risnahaizam: Attar g school bawa botol susu. Hihihi comeyy.... Besok bila besaq moment ni la paling lucu bila d tengok balik.

Teks oleh: Mya Amri