Ahli kumpulan F(x) iaitu Sulli menerima kecaman apabila dia memuat naik gambar dirinya dengan mengenakan baju tidur seperti pakaian dalam.

Seperti di petik Allkpop, Sulli dikatakan telah berkongsi gambar tersebut di laman Instagram miliknya.

Akibat daripada perbuatannya itu, Sulli dikatakan menerima banyak kritakan dan kecaman dari peminatnya kerana menggangapnya keterlaluan.

Ada di antara mereka menyuruh kekasihnya, Choiza untuk berpisah dengan Sulli.

"Jika saya Choiza (kekasih Sulli), saya akan berfikir bagaimana untuk memutuskan hubungan dengannya.

"Perbuatan Sulli itu sudah sampai ke tahap di mana dia nampak amat keterlaluan kerana tampil seksi dan menggoda.

"Saya merasa amat sedih dengan perbuatannya kerana dulu dia amat cantik tapi sekarang dirinya sudah berubah," kata sumber.