Saya, Nia Hanya Berkawan Baik - Qi Razali

4 Januari 2017. 12.34 PM
8,054
Hiburan
Saya, Nia Hanya Berkawan Baik - Qi Razali
Pelakon Qi Razali akui hubungannya dengan seorang model bernama Nia, hanya boleh diistilahkan sebagai kawan.

Namun, Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 38  memberitahu dia akan ambil masa yang sesuai untuk berkongsi mengenai hubungannya itu.

“Kami baru berkawan sebenarnya, jadi tiada apa yang mahu dikongsi buat masa ini.

“Tunggulah waktu yang sesuai. Buat masa ini boleh kata kami berkawan baik sahaja,” katanya.

Kisah percintaan Qi mula mendapat perhatian apabila model wanita ini berkongsi gambar mesranya dengan pelakon filem Suami Ku Jatuh Dari Langit ini di laman Instagram peribadinya. 

Tindakan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian Qi yang sebelum ini memberitahu dia masih berkawan dengan aktres Nelydia Senrose yang juga bekas kekasihnya.

Sebelum Nelydia, Qi juga pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan penyanyi antarabangsa, Yuna. 

Sumber: Utusan Online

Artikel Berkaitan


Komen