Penyanyi antarabangsa Janet Jackson, 50, selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Selasa.

Bayi lelaki yang diberi nama Eissa Al Mana itu merupakan anak hasil perkahwinan Janet bersama jutawan Arab, Wissam Al Mana. Janet dan Wissam berkahwin pada 2012.

“Janet dan suami sangat teruja dengan kelahiran Eissa Al Mana. Janet dan bayi juga berada dalam keadaan yang baik dan melalui proses kelahiran dengan selamat,” kata jurucakap Janet.

Spekulasi mengenai kehamilan Janet tersebar pada Mei tahun lalu. Pada Oktober 2016, Janet mengesahkan berita gembira itu secara eksklusif kepada People.

People turut memaparkan foto terbaru Janet Jackson yang sedang sarat mengandung.

Olahan semula: Kamaruddin Razal
Sumber: People