Selepas Bergelar Isteri, Julia Ziegler Makin Berseri

1 Januari 2017. 3.11 PM
25,751
Hiburan
Selepas Bergelar Isteri, Julia Ziegler Makin Berseri
Dengan sekali lafaz, pelakon Julia Ziegler sah bergelar isteri kepada jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan, 33.

Majlis yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi tadi di kediaman keluarga pengantin perempuan bertempat di Kampung Baru dihadiri oleh keluarga terdekat.

Julia telah menerima mas kahwin berjumlah RM80 beserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler cantik mengenakan busana rekaan Sufian Tugiman manakala Johan pula segak memakai sut.

Wajah Julia juga kelihatan sangat berseri selepas bergelar isteri dan mulutnya tidak lekang dengan senyuman.

Pelakon berusia 32 tahun ini juga turut berkongsi hari bahagianya bersama peminat dengan membuat ‘live update ‘ diakaun Instagramnya dengan hashtag #lovestoryjuliajohan #thedayofjuliajohan11117 #jlovesj

Pasangan ini juga akan diraikan dalam majlis keraian serba ringkas di lokasi sama pada sebelah petang.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik Julia dan Johan yang diambil menerusi akaun Instagramnya.
 

Artikel Berkaitan


Komen